Wasiat dari segi bahasa, ahli-ahli fiqh mazhab syafie berpendapat wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.
Manakala wasiat dari segi istilah pula bermaksud pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Secara keseluruhannya wasiat bererti iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.
Terdapat tiga definisi jenis wasiat, iaitu :Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
Manakala menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain), menurut hukum Islam.
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:Cara untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan cara Ashabul-Furud (waris Al-Quran) dimana ada dinyatakan golongan ini didalam Al-Quran, kemudian dicari siapakah yang Mahjud (terhalang daripada mendapatkan harta), barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah.
Terdapat 3 jenis asabah iaitu:Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu.
Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua,
maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta.
Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak;
jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal
itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau
(dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu.
Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(an-Nisa : 11)
½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Hibah adalah satu pemberian atau hadiah yang diberikan seseorang kepada seorang yang lain dan dilakukian sewaktu masih hidup. Konsep hibah iaitu apabila pemilik harta menghibahkan aset atau hartanya kepada penerima hibah maka pemilikan harta tersebut telah menjadi hak pemilik yang baru iaitu penerima hibah. Contohnya, seorang ibu ketika masih hidupnya, waras akal fikirannya memberi atau menghadiahkan barang kemas kepada anak perempuannya maka barang kemas itu adalah milik si anak perempuan. Seseorang tidak dibenarkan untuk menarik balik hibah apabila hibah telah diterima oleh penerima hibah.Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas (datuk dan nenek) mempunyai hak untuk menarik balik apa yang telah diberikan kepada anak cucu ke bawah (cicit dan sebagainya).
Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.” H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah
Rukun Hibah:Harta Sepencarian ialah suatu harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama.
Tuntutan Harta Sepencarian walaubagaimanapun hanya boleh dilakukan dalam dua keadaan, iaitu selepas perceraian atau selepas kematian. Konsep Harta Sepencarian berasal daripada hukum adat Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak, maka ia diterima pakai dan menjadi sebahagian daripada undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Dalam kes yang membabitkan tuntutan selepas kematian, pengagihan Harta Sepencarian akan mendahului pembahagian harta pusaka. Ini bermaksud harta pusaka tidak akan dapat diagihkan kepada waris selagi mana kes tuntutan harta sepencarian belum lagi diselesaikan. Harta sepencarian tidak terhad diantara suami isteri sahaja, boleh jadi diantara ayah dan anak, ibu dan anak atau adik beradik dimana keduanya tinggal bersama dan mengumpul harta atas usaha bersama atau pun mengeluarkan pembiayaan harta bersama.
Belanja kematian adalah hak si mati yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Sebelum pembahagian akan diperuntukkan sebahagian daripada harta si mati untuk belanja pengebumian sekiranya ada tuntutan daripada mana-mana pihak. Sekiranya tidak berbangkit, tiada harta si mati yang diambil untuk belanja pengebumian.
Hutang si mati wajib dijelaskan samada hutang kepada Allah(puasa, haji, nazar) atau hutang kepada manusia. Contohnya, sekiranya si mati masih belum menunaikan fardhu haji, hutangnya kepada Allah mesti ditunaikan sekiranya beliau termasuk dalam golongan orang-orang yang berkuasa menunaikannya semasa hayatnya (mampu mengerjakan fardhu haji). Demikian juga wajib ke atas waris-waris menunaikan hutang si mati kepada manusia.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat,lebih-lebih lagi wasiat amal jariah yang mana patut ditunaikan terlebih dahulu sekiranya wasiat tersebut sah mengikut hukum syarak iaitu antaranya tidak diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima pusaka dan harta yang diwasiatkan itu tidak lebih 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. Sekiranya wasiat tersebut tidak menepati syarak, ianya boleh dilaksanakan juga setelah mendapat persetujuan daripada kesemua waris yang berhak mewarisi. Sekiranya semua waris menyetujui wasiat si mati, pembahagian diteruskan.
Menguruskan harta sepencarian jika ada sebelum harta difaraidkan. Dimana harta sepencarian perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta yang tinggal di bahagikan diantara waris-waris yang berhak mengikut faraid. Harta sepencarian boleh datang dalam bentuk rumah, duit, kereta, sebagainya dan diberi pada yang berhak sahaja menerimanya. Misalnya jika si mati adalah suami maka hendaklah diselesaikan harta sepencarian si mati bersama isteri (diberi kepada isteri si mati) sebelum harta bersih (harta yang tinggal) difaraidkankan antara waris yang berhak.
Hukum asal melantik pemegang amanah adalah HARUS, Namun dalam setengah keadaan hukumnya boleh berubah menjadi WAJIB.
Orang yang layak menjadi pemegang amanah ialah mereka yang Amanah, Bertanggungjawab, pro-aktif, bijaksana, serta tahu peranan seperti:-